Saturday, March 20, 2010

Special one

hello..
a one SPECIAL post in my mother-tongue language, Bahasa Melayu

Assalamualaikum w.b.t
aku mengkhaskan terbitan kali ini dalam bahasa ibundaku iaitu Bahasa Melayu.
menjelang tahun 2010, genap usiaku 17 tahun hidup di muka bumi Allah Yang Maha Esa ini.
aku masih lagi tercari-cari siapa diriku yang sebenar. aku masih bersikap kebudak-budakan walhal aku bakal menduduki peperiksaan yang akan menentukan hidupku 50-60 tahun yang ke hadapan jikalau aku panjang umur, Insyaallah. aku perlu mengubah sikap dan karakter aku supaya seiring dengan peningkatan usiaku.
SPM hanya tinggal lagi lebih kurang 6 bulan. aku perlu sedarkan diri daripada 'koma' kelalaian dan keselesaan.
aku perlu meletakkan diriku dalam zon kritikal yang kurang keseronokannya. apalah sangat mengorbankan masa seronok untuk 6 bulan bagi mendapatkan waktu gembira dan penuh keselesaan selama 60 tahun??

demi masa hadapan, aku perlu beralih pemikiran daripada keanak-anakan kepada kematangan yang mempamerkan kedewasaan. aku pernah merasai nikmat cinta kepada manusia yang Allah kurniakan. Ternyata enaknya nikmat itu namun ia membawa kepada kehancuran di kala ini. bukan waktu dan masa yang sesuai untuk aku menerima nikmat itu sekarang. tetapi, masih ada sekelumit rasa ingin dikasihi dan disayangi oleh seseorang yang tidak ada pertalian darah dengan aku. aku mengenali wanita itu, tetapi hatiku tetap menyatakan pendiriannya untuk tidak lagi terlibat dalam kancah percintaan remaja. aku perlu fokus untuk melakar masa depan yang cerah. aku perlu fokus demi percintaan yang sejati di kemudian hari. aku perlu fokus, demi menggapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

harapanku agar, aku menitiskan air mata kedua ibubapaku dengan sehelai lampiran yang tercetak 9A+ !!!

No comments:

Post a Comment